Refleksi Minggu 14 15 Disemberr 2016, hari khamis, merrupakan minggu terakhir untuk kelas GGGE1153 atau Komputer Dalam Pendidikan. Cepat benar rasanya masa berlalu. Banyak yang telah saya pelajari sepanjang mengikuti kursus ini. Daripada membangunkan e-potfollio di Weebly ini, ke konsep LMS dan CMS, perkhidmatan Google Drive seperti Google Docx dan Google Form, Microsoft Word, Excel, dan Publisher, hingalah ke pembikinan video. Sungguh banyak perkara berkaitan komputer yang telah dipelajari dan banyak lagi sebenarnya yang tidak dituliskan di sini kerana takut tak tertulis pula aktiviti pada minggu ini.
Agenda kelas pada minggu ini adalah pembentangan vidio. Namun sebelum itu, kami telah mengadakan perbincangan tentang topik tugasan minggu lalu iaitu komputer sebagai alat, pengajar dan pelajar ataupun dalam bahasa Inggeris (Computer as a tool, tutor, and tutee). Masing-masing menyuarakan pandangan berdasarkan pencarian maklumat yang dibuat pada minggu lalu. Komputer berperanan dalam pendidikan sebagai alat untuk tujuan komunikasi, pemprosesan perkataan, mencari maklumat dan sebagainya. Sebagai contoh, kita boleh menfaatkan komputer sebagai alat komunikasi untuk berhubung dengan rakan atau guru melalui medium komunikasi e-mail. Komputer juga boleh berperanan sebagai pengajar atau tutor. Peranan mengajar, memberi latihan, dan menilai tahap pemahaman pelajar boleh dilakukan komputer sekiranya telah diprogramkan sedemikian. Komputer turut bertindak sebagai pelajar dan apabila diberikan imput melalui komunikasi menggunakan kod-kod khusus atau dipanggil kod pengaturcaraan. Ramai yang tidak menyedari peranan komputer tersebut walaupun telah menggunakannya dan di antaranya termasuklah saya. Mempelajari peranan komputer ini telah menambahkan lagi kefahaman saya tentang fungsi dan pernan yang dimainkan komputer. Seterusnya, tibalah masanya ke perbentangan vidio. Ketiga-tiga kumpulan telah menghasilkan vidio berdurasi kurang lima minit mengenai topik-topik yang pernah dipelajari. Kumpulan pertama menghasilkan vidio mengenai keselamatan komputer dan internet, kumpulan kedua iaitu kumpulan saya memilih topik m-learning, manakala kumpulan yang terakhir memilih tajuk teknologi komputer dan maklumat (ICT). Kesemua pembentang telah berjaya menghasilkan vidio yang menepati kriteria yang ditetapkan iaitu mempunyai mesej yang jelas dan disertakan dengan penerangan audio. Saya dan ahli kumpulan berasa amat bersyukur krana berjaya menghasilkan vidio tersebut walaupun menghadapi dugaan pada saat-saat akhir yang mana vidio lakonan kami yang dirakamkan pada minggu lepas menghadapi masalah. Sebahagiannya tidak dirakamkan dan sebahagiannya hilang selepas penyuntingan dibuat. Alhamdulillah, dengan plan B, siap juga vidio tersebut akhirnya. Sebelum kelas berakhir, pensyarah telah meminta setiap daripada kami untuk membuat refleksi keseluruhan terhadap struktur, perlaksanaan, dan pengisian kursus ini. Bagi saya, kelas ini sangat menarik bukan sahaja kerana dapat mempelajari perkara-perkara berkaitan komputer, tetapi ilmu yang dipelajari daripada kursus ini pasti akan dapat membantu kami sebagai mahasiswa di UKM yang insyaALLAH akan bergraduat dalam masa empat tahun lagi. Malahan, sepanjang hayat. Sebelum bersurai, sesi fotografi telah diadakan sebagai kenang-kenangan. Terima kasih Dr. Fariza dan rakan-rakan, Kelas Komputer Dalam Pendidikan tetap beradda dalam ingatan.
0 Comments
Refleksi Minggu 13 Pada minggu kedua terakhir atau minggu ke 13 kelas Komputerr Dalam Pendidikan, agenda kelas adalah untuk menunjukkan kepada pensyarah hasil papan cerita untuk projek vidio yang telah dihasilkan. Walaubagaimanapun, atas faktor yang tidak dapat dielakkan, pensyarah tidak dapat berrsama-sama kami pada pagi tersebut. Meskipun demikian, hal tersebut tidak menghalang daripada kelas terus dijalankan. Kami tetap berhubung melalui medium komunikasi secara dalam talian.
Kami telah diminta supaya memanfaatkan masa tersebut untuk meneruskan kerja penghasilan vidio yang akan dipertontonkan pada minggu hadapan. Oleh itu, saya dan ahli kumpulan yang lain telah memanfaatkan masa tersebut untuk melakukan rakaman vidio. Kami telah menggunakan lokasi di sekitar Fakulti Pendidikan iaitu di Makmal Komputer, Hub Inovasi Pelajar, perhentian bas, dan Gazebo. Proses tersebut memakan masa hampir dua jam. Barulah saya tahu yang kerja penghasilan vidio bukanlahsatu perkara yang mudah. Ia bukan sahaja memakan masa, malah terdapat banyak aspek yang perlu dititikberatkan. Misalnya, jalan cerita, pemilihan lokasi, pencahayaan, kualiti audio dan lain-lain. Setelah proses rakaman selesai, rakaman tersebut akan disunting kemudian. Pada kelas minggu ini juga, pensyarah turut telah memberikan kami tugasan baru iaitu peranan komputer sebagai alat (tool), pengajar (tutor), dan pelajar (tutee). Tugasan tersebut perlu dimuat naik di e-potfolio masing-masing selain akan dibincangkan bersama-sama pada kelas yang akan datang. Refleksi Minggu 12 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Minggu ke-12 kelas Komputer Dalam Pendidikan mempelajari tentang penggunaan Microsoft Excel. Ramai dalam kalangan kami termasuklah saya berasa teruja untuk mempelajarinya kerana tidak pernah menggunakannya sebelum ini. Namun sebelum itu, sesi penambahbaikan terhadap hasil tugasan brochure minggu lalu telah diadakan terlebih dahulu. Setiap pelajar diberi peluang untuk memberikan pandangan dan komen yang membina terhadap brochure pelajar lain yang telah dimuat naik di laman Open Learning. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat membuat tugasan tersebut dan digantikan dengan tugasan lain yang lebih sesuai iaitu menulis entri tentang penggunaan ICT dalam membantu pelajar berrmasalah penglihatan dalam mencapai objektif pembelajaran. Hal ini kerana, Microsoft Publisher tidak dapat digunakan dengan akses pembaca skrin di samping keterbatasan saya melakukan tugasan yang melibatkan grafik.
Berbalik kepada agenda pada minggu ini, Microsoft Excel juga seperti Microsoft Publisherr yang dipelajari pada minggu lalu di mana merupakan sebahagian daripada penawaran Microsoft Office. Perisian ini digunakan apabila melibatkan formula-formula tertentu seperti pengiraan markah dan sebagainya. Tidak seperti Microsoft Word, XL memudahkan pengguna kerana boleh membantu membuat pengiraan tertentu berdasarkan formula yang telah dimasukkan. Setelah diberikan penerangan tentang perisian ini, kami diberi tugasan secara individu untuk mengandaikan diri sebagai guru kelas dan memasukkan markah murid kelas masing-masing seramai 30 orang untuk semua subjek. Selepas itu, menggunakan Microsoft XL, setiap markah mata pelajaran murid-murid tadi digredkan secara automatik setelah formula dimasukkan. Kedudukan di dalam kelas juga boleh diketahui dengan mudah. Hal ini semestinya membantu kami apabila memikul tanggungJawab sebagai guru kelak. Perisian ini sangat membantu mempercepatkan proses memasukkan data pelajar terutamanya data markah kerana tidak perlu mengulang perkara yang sama. Setelah selesai, kami diminta untuk membina graf bar berdasarkan data penggredan pelajar yang diperoleh. Sebelum kelas tamat, pensyarah juga telah memberikan tugasan seterusnya iaitu menyediakan vidio berdurasi tidak melebihi lima minit mengenai mana-mana topik yang pernah dipelajari sebelum ini. Tugasan berkumpulan seramai empat orang satu kumpulan ini perlu setidak-tidaknya menyediakan papan cerita sebelum kelas yang berikutnya. Refleksi Minggu 11Minggu ke 11 kuliah Kelas Komputer Dalam Pendidikan mempelajari tentang penggunaan Microsoft Publisher. Sebelum bercerita lebih lanjut, nak beritahu, kelas pada minggu kesepuluh tidak dapat diadakan atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan akan diganti pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian... Baiklah, apa itu Microsoft Publisher? Microsoft Publisher sebenarnya bukanlah perisian baru kerana sememangnya sedia terpasang dalam komputer peribadiku yang menjalankan Windows. Senang cerita, kalau ada Microsoft Office Word, mesti ada sekali Publisher. Cuma tak pernah guna sahaja.
Microsoft Publisher sebenarnya merupakan salah satu penawaran di bawah Microsoft Office yang memudahkan anda membuat poster, brochure, business card dan banyak lagi. Berbeza dengan Office Word, Publisher membolehkan anda memilih layout khusus mengikut keperluan anda. Anda juga tidak perlu lagi bersusah payah membina kolum untuk tujuan melipat kertas yang sudah dicetak kelak. Sebagai tugasan, setiap pelajar dikehendaki menghasilkan satu brochure tentang destinasi percutian masing-masing sekreatif yang mungkin. Sebelum kelas tamat, pensyarah telah memeriksa perkembangan penulisan laporan setiap kumpulan. Kelas tamat kira-kira jam 12tengah hari seperti dalam jadual. P/S: terima kasih Dr Fariza atas ole-ole tanda ingatan dari Australia untuk kami! Refleksi Minggu 9 Pada minggu ke sembilan, Kelas Komputer Dalam Pendidikan, meneruskan perbincangan tentang kajian yang dijalankan. Setelah berjaya mengumpulkan makluum balas responden melalui soalan soal selidik dalam Google Form yang diedarkan melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook, kami dikehendaki menyediakan laporan kajian. Oleh itu, pada minggu ini pensyarah telah menunjukkan kepada kami elemen-elemen yang perlu ada dalam laporan tersebut. Antara elemen tersebut ialahpendahuluan, sorotan literatur, objektif kajian, metodologi, dapatan kajiaan, perbincangan, dan rumusan.
Kami juga dipandu untuk menganalisis data yang diperoleh. Pensyarah seterusnya mendemonstrasikan cara menggunakan Microsoft Word untuk menyediakan laporan dengan lebih efisien. Misalnya, kita tidak perlu lagi menekan enter berkali-kali untuk ke halaman berikutnya sekiranya memilih ‘insert new page’. Masa juga dapat dijimatkan untuk menyunting atau pergi ke satu-satu subtajuk sekiranya kita menggunakan fungsi ‘navigation pain’ atau ‘document map’. Untuk menyediakan senarai kandungan juga menjadi lebih mudah dan menggunakan ‘table of content’ yang mana ianya akan menyediakan jadual senarai kandungan secara automatik beserta dengan nombor muka surat setiap tajuk yang telah dimasukkan dalam navigation paint tadi. Ilmu baru ini tentunya akan membantu saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan laporan kajian nanti kerana teknik-teknik yang telah dipelajari ini semestinya lebih efisien dan menjimatkan masa serta tenaga. LOL. Refleksi minggu ke 8Kelas Komputer Dalam Pendidikan atau GGGE1153 pada minggu kelapan meneruskan agenda pada minggu lepas. Setiap kumpulan termasuklah kumpulan saya telah mengemukakan borang soal selidik yang telah dibina menerusi google form kepada pensyarah untuk tujuan semakan dan pembetulan. Mujurlah saya dan pasangan tidak menyebarkan soal selidik tersebut lagi kerana masih terdapat beberapa kelemahan dari segi item-item soalan yang dibina. Pensyarah telah membantu kami untuk memperbetulkan kesalahan tersebut untuk menggantikannya dengan soalan-soalan yang lebih jelas dan lebih bersesuaian dengan objektif kajian yang telah ditetapkan. Kini, barulah saya tahu bagaimana hendak membina item soalan yang lebih sesuai untuk mengukur sesuatu objektif kajian. Sesungguhnya, kemahiran ini amat penting untuk dipelajari dan dikuasai kerana merupakan asas untuk membuat kajian pada masa akan datang. Selepas ini bolehlah kami mengedarkannya kepada rakan-rakan mahasiswa di universiti-universiti tempatan menerusi media sosial dan melihat hasilnya kelak. P/S: terima kasih kepada Dr. Fariza yang telah membawa ole-ole (butterfly yang sangat cantik) dari Bandung untuk saya.
Refleksi Minggu ke 7Tepat jam sembilan pagi, hari khamis, bersamaan dengan 20 Oktober 2016, bermulalah kelas Komputer Dalam Pendidikan atau GGGE1153 untuk minggu yang ketujuh. Seperti biasa, kelas dimulakan dengan sesi perbincangan untuk mengimbas kembali pelajaran pada minggu lalu. Seterusnya, kami dikehendaki mendaftar masuk ke laman Open Learning dan ke MOOC kursus ini untuk melihat aktiviti pada minggu ini. Di sana, tersedia vidio beserta text yang menerangkan tentang CASPER iaitu ciri-ciri yang perlu ada dalam menyediakan slide pembentangan yang baik.CASPER sebenarnya adalah satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penggunaan media seperti teks, grafik, animasi dan video. CASPER penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat audience terhadap persembahan yang disampaikan. CASPER merupakan akronim yang terbentuk daripada gabungan ciri-ciri prinsip CASPER sendiri iaitu iaitu contrast, alignment, simplicity, proximity, emphasis dan repetition. Penerapan ciri Contrast atau (Perbezaan yang Ketara) dalam penyediaan persembahan ialah dengan penggunaan warna yang kontra (warna gelap dengan warna terang), perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan dengan berdekatan dan grafik kecil dengan besar dan. Persembahan yang mempunyai ciri contrast dapat memudahkan audience untuk membezakan antara unsur dengan latar belakang paparan, Membezakan dua item yang berlainan, dan meningkatkan tumpuan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk. Alignment atau (Susunan Lurus) ialah menyusun item supaya ia kelihatan seimbang serta mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain. Simplicity atau (Mudah) pula merupakan sessuatu yang ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami. Ciri yang keempat iaitu proximity atau (Berhampiran) mengumpulkan maklumat pada satu tempat bagi memudahkan audience memahami kesinambungan yang wujud. Emphasis atau (Penekanan) pula Menggunakan pembangun perisian yang disediakan memberi penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting dan tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan seperti kesan bunyi yang keterlaluan dan tidak membantu dalam penyampaian maklumat kepada audience. Ciri atau prinsip CASPER yang terakhir ialah repetition (Pengulangan). Persembahan yang mengaplikasikan pengulangan akan membantu mentafsir dan memahami dengan mudah arahandan maklumat yang disampaikan.
Kemudian, kami diberikan tugasan mengikut kumpulan iaitu setiap kumpulan terdiri daripada dua orang. Untuk tugasan pada kali ini, setiap kumpulan perlu membuat pengumpulan data dari responden menggunakan Google Form. Data tersebut kemudiannya perlu dianalisis untuk menghasilkan dapatan kajian. Oleh itu, kami ditunjukkan cara-cara untuk membina borang soal selidik menggunakan aplikasi Google Form. Untuk membina item soalan, setiap kumpulan perlu mempunyai beberapa objektif kajian yang hendak dicapai. Tugasan pada kali ini boleh dikatakan agak sukar kerana melibatkan banyak proses terutamanya proses mendapatkan maklumbalas responden. Mujurlah saya pernah melaksanakan tugasan sedemikian semasa di tingkatan enam sebelum ini. Sekurang-kurangnya, ilmu dan pengalaman yang ditimba bolehlah diaplikasikan dalam melaksanakan tugasan pada kali ini. Pada satu jam yang terakhir, kami diberi masa untuk membincangkan objektif kajian masing-masing dan membina item soalan. Tugasan yang saya dan pasangan terima ialah mengenai Sumber Terbuka atau Open Source. Alhamdulillah, kami berjaya menetapkan objektif kajian dan item-item soalan dalam borang soal selidik yang akan dihasilkan kelak. Saya berasa teruja untuk mengedarkan link borang soal selidik elektronik kepada rakan-rakan di universiti-universiti lain semasa cuti pertengahan semesta nanti dan melihat hasil maklumbalas mereka. Refleksi Minggu 6Pada minggu keenam, kelas Komputer Dalam Pendidikan atau GGGE1153 bermula dengan pensyarah menyemak tugasan refleksi pada minggu lepas. Seterusnya, kami diminta untuk membentuk kumpulan baharu yang terdiri daripada tiga ahli dan setiap kumpulan menerima topik tugasan. Kumpulan saya mendapat topik tugasan keempat. Semua pelajar kemudiannya diminta mengeluarkan telefoSeterusnya, n pintar masing-masing dan mengimbas kertas tugasan tersebut menggunakan aplikasi Aurasma yang telah diminta untuk dimuat turun oleh pensyarah. Seperti majis, sebaik sahaja kertas tersebut diimbas menggunakan aplikasi tersebut, satu vidio yang memaparkan tajuk tugasan kami pun dimainkan. Aplikasi yang menggunakan teknologi augmented reality ini benar-benar mengujakan perasaan saya dan rakan-rakan yang lain.
Kelas seterusnya mengimbas kembali cara menggunakan aplikasi Google Slide memandangkan kami perlu mennggunakannya pada minggu ini untuk menyediakan pembentangan tugasan masing-masing. Kami kemudiannya diberi masa kira-kira satu jam setengah untuk mengumpul maklumat dan membina slide pembentangan. Pada setengah jam yang terakhir, sesi pembentangan pun dimulakan. Kumpulan pertama membentangkan mengenai e-pembelajaran dan berdasarkan pemahaman saya, e-learning merupakan kaedah pembelajaran secara dalam talian. E-pembelajaran mempunyai banyak kelebihannya seperti bersifat fleksibel dan mudah kerana seseorang itu boleh belajar dengan mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja asalkan mempunyai akses internet. Kumpulan kedua pula menerangkan tentang m-pembelajaran. M-pembelajaran dan E-pembelajaran saling berkait antara satu sama lain dimana m-pembelajaran merupakan pembelajaran yang menggunakan peranti mudah alih untuk mengasas pembelajaran. Peranti mudah alih mempunyai banyak kebaikan untuk mengakses pembelajaran dalam talian kerana mudah dibawa ke mana-mana tetapi juga mempunyai beberapa kelemahan seperti paparan skrin yang lebih kecil dan jangka hayat bateri yang pendik. Kumpulan ketiga membentangkan mengenai pembelajaran abad ke-21. Sejajar dengan peredaran zaman yang telah berada pada aabad ke-21, kaedah pembelajaran juga perlu seiring dan releven dengan keperluan dan kehendak semasa. Pembelajaran abad ke-21 mengehendaki pelajar-pelajr yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran kerana kelas kini berpusatkan murid dan pengajar atau guru hanya bertindak sebagai fasilitator sahaja. Pembelajaran abad ke-21 menekankan kepada 4C iaitu kreatif (creative), kolaborasi (collaboration), komunikasi (communikation), dan pemikiran kritikal (critical thinking). Kumpulan saya iaitu kumpulan keempat pula menerima tugasan tentang keselamatan internet dan komputer. Keselamatan dalam menggunakan internet dan komputer merupakan aspek yang penting kerana penggunaan internet sentiasa berdepan dengan risiko seperti penggodaman, pengintipan, dan menjadi mangsa jenayah siber. Pengguna perlu menggunakan internet dan komputer secara beretika selain perlu mengambil langkah-langkah keselamatan misalnya dengan sentiasa mengemaskini perisian komputer di samping berhati-hati dalam membuka pautan teryang diterima. Setelah sesi pembentangan selesai, kami dikehendaki mengundi kumpulan pembentang terbaik pada Google Form yang dimuatkan di laman web Dr Fariza iaitu di farizakhalid.com. Tentunya kami berasa berdebar dan teruja untuk menantikan keputusan undian ini pada kelas yang berikutnya. Kumpulan mana yang menang? Tungggu! Refleksi Minggu ke 5Kelas Komputer Dalam Pendidikan atau GGGE1153 pada minggu kelima dimulakan dengan membincangkan tentang tugasan minggu sebelumnya iaitu berkenaan LMS dan CMS. Selepas perbincangan selesai, wakil setiap kumpulan diminta untuk memilih tajuk tugasan yang perlu dibentangkan pada minggu berikutnya. Seterusnya, untuk memudahkan kami mendapatkan rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, kami diperkenalkan kepada laman Academia yang berfungsi untuk mencari dan berkongsi bahan-bahan ilmiah seperti artikel jurnal. Setiap pelajar juga dibimbing untuk mendaftar akaun di laman web ini dan cara-cara memanfaatkannya. Hari tersebut merupakan kali pertamanya saya mendaftar akaun di laman tersebut.
Seterusnya, kami dipaparkan dengan vidio tentang cara-cara yang lebih efektif dalam melakukan carian menggunakan enjin pencarian Google. Selepas itu, kami dibawa menelusuri ke laman pencarian Google Scholar iaitu satu lagi hub untuk mendapatkan bahan-bahan ilmiah untuk dirujuk bagi melakukan tugasan. Kemudian, para pelajar juga diajar cara menggunakan perkhidmatan sumber terbuka yang Google tawarkan seperti Google Docx dan Google Slide. Malangnya, sambungan internet yang agak bermasalah pada hari itu telah menyukarkan saya mencuba menyunting pada dokumen yang dimulakan oleh rakan kumpulan saya ketika itu. Mujurlah saya pernah menggunakannya sebelum ini. Sekurangg-kurangnya ianya tidaklah terlalu asing untuk saya membuat tugasan menggunakan perkhidmatan tersebut kelak. Sebelum kelas berakhir, pensyarah mengingatkan kami untuk menyediakan pembentangan pada minggu berikutnya menggunakan perisian sumber terbuka Google Slide. P/s: tugasan pembentangan kumpulan saya untuk minggu depan adalah mengenai perisian sumber terbuka. Refleksi Minggu ke 4Kelas Komputer Dalam Pendidikan minggu keempat agak berlainan sedikit kerana pensyarah tidak dapat bersama kami disebabkan kekangan yang tidak dapat elakkan. Walaubagaimanapun, kelas tetap dijalankan secara atas talian ataupun blanded learning. Pada minggu ini kami diberi tugasan secara berpasangan untuk memahami apa itu Learning Management System (LMS)dan Content Management System (CMS) berserta contoh-contoh perisian dan perbezaan bagi kedua-dua sistem tersebut. Berdasarkan pengumpulan maklumat yang dibuat, saya memahami bahawa LMS merupakan aplikasi berasaskan web yang mampu mengurus pembelajaran dan menjadikan proses pembelajaran lebih mudah, sistematik, dan lebih efektif. LMS merupakan sebuah aplikasi untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, learning program dan kadar latihan. Contoh yang paling hampir dengan para pelajar UKM bagi LMS ialah laman web Ifolio dimana interaksi pembelajaran antara pensyarah dengan pelajar-pelajar seperti mengadakan perbincangan dapat dilakukan menerusi laman web tersebut. Content Management System (CMS) pula sedikit berbeza dengan LMS di mana ianya ialah sebuah perisian komputer yang membantu pengguna-penggunanya dalam proses pengurusan kandungan. Sebuah CMS menguruskan pelbagai dokumen dan kandungan yang lain seperti imej dan bahan-bahan multimedia. Sebuah CMS laman web ialah sebuah sistem pengurusan kandungan dengan ciri-ciri tambahan untuk mempermudahkan langkah-langkah untuk menerbitkan kandungan web ke dalam laman web. Setelah menyiapkan tugasan tersebut, kami diminta untuk memuat naik hasil tugasan masing-masing ke Laman Web Open Learning dan seterusnya menulis refleksi pembelajaran di ee-portfolio. Semoga ilmu yang dipelajari pada minggu ini dapat saya aplikasikan seoptimum mungkin dalam kaedah pembelajaran saya di samping terus bersemangat dalam menimba ilmu perkomputeran dan teknologi maklumat.
|
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |