Refleksi Minggu 13 Pada minggu kedua terakhir atau minggu ke 13 kelas Komputerr Dalam Pendidikan, agenda kelas adalah untuk menunjukkan kepada pensyarah hasil papan cerita untuk projek vidio yang telah dihasilkan. Walaubagaimanapun, atas faktor yang tidak dapat dielakkan, pensyarah tidak dapat berrsama-sama kami pada pagi tersebut. Meskipun demikian, hal tersebut tidak menghalang daripada kelas terus dijalankan. Kami tetap berhubung melalui medium komunikasi secara dalam talian.
Kami telah diminta supaya memanfaatkan masa tersebut untuk meneruskan kerja penghasilan vidio yang akan dipertontonkan pada minggu hadapan. Oleh itu, saya dan ahli kumpulan yang lain telah memanfaatkan masa tersebut untuk melakukan rakaman vidio. Kami telah menggunakan lokasi di sekitar Fakulti Pendidikan iaitu di Makmal Komputer, Hub Inovasi Pelajar, perhentian bas, dan Gazebo. Proses tersebut memakan masa hampir dua jam. Barulah saya tahu yang kerja penghasilan vidio bukanlahsatu perkara yang mudah. Ia bukan sahaja memakan masa, malah terdapat banyak aspek yang perlu dititikberatkan. Misalnya, jalan cerita, pemilihan lokasi, pencahayaan, kualiti audio dan lain-lain. Setelah proses rakaman selesai, rakaman tersebut akan disunting kemudian. Pada kelas minggu ini juga, pensyarah turut telah memberikan kami tugasan baru iaitu peranan komputer sebagai alat (tool), pengajar (tutor), dan pelajar (tutee). Tugasan tersebut perlu dimuat naik di e-potfolio masing-masing selain akan dibincangkan bersama-sama pada kelas yang akan datang.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |