Refleksi Minggu 5
Kelas tutorial pada minggu ini meneruskan pembelajaran minggu lalu tentang bahan bantu
mengajar iaitu mempelajari tentang bahan bantu mengajar elektronik. Pensyarah telah
menerangkan terlebih dahulu mengenai BBM elektronik sebelum meminta para pelajar
menyediakan satu BBM elektronik berbentuk video. Bahan bantu mengajar jenis elektronik merujuk
kepada media yang menggunakan sumber elektrik. Penggunaan BBM elektronik ini semakin popular
penggunaannya kerana lebih mudah digunakan dan berkesan dalam menarik minat pelajar
menumpukan perhatian terhadap proses pengajaran di dalam bilik darjah. Antara contoh BBM jenis
ini termasuklah komputer, slide, video dan sebagainya.
Seterusnya, dalam kumpulan seramai tiga orang, pelajar dikehendaki untuk menghasilkan
sebuah video sebagai bahan bantu mengajar bukan elektronik. Dalam video tersebut, setiap
kumpulan perlu menampilkan satu inovasi dalam kaedah pengajaran samaada untuk kanak-kanak
tipikal mahupun berkeperluan khas. Kebebasan tersebut memberikan pilihan kepada pelajar untuk
menampilkan kandungan video yang kreatif. Pelajar juga diberikan masa untuk berbincang dalam
kumpulan masing-masing mengenai video yang ingin dihasilkan. Sebelum bersurai, pensyarah
mengingatkan pelajar supaya bersedia dengan perancangan video pada kelas yang berikutnya.