Refleksi Minggu 14 15 Disemberr 2016, hari khamis, merrupakan minggu terakhir untuk kelas GGGE1153 atau Komputer Dalam Pendidikan. Cepat benar rasanya masa berlalu. Banyak yang telah saya pelajari sepanjang mengikuti kursus ini. Daripada membangunkan e-potfollio di Weebly ini, ke konsep LMS dan CMS, perkhidmatan Google Drive seperti Google Docx dan Google Form, Microsoft Word, Excel, dan Publisher, hingalah ke pembikinan video. Sungguh banyak perkara berkaitan komputer yang telah dipelajari dan banyak lagi sebenarnya yang tidak dituliskan di sini kerana takut tak tertulis pula aktiviti pada minggu ini.
Agenda kelas pada minggu ini adalah pembentangan vidio. Namun sebelum itu, kami telah mengadakan perbincangan tentang topik tugasan minggu lalu iaitu komputer sebagai alat, pengajar dan pelajar ataupun dalam bahasa Inggeris (Computer as a tool, tutor, and tutee). Masing-masing menyuarakan pandangan berdasarkan pencarian maklumat yang dibuat pada minggu lalu. Komputer berperanan dalam pendidikan sebagai alat untuk tujuan komunikasi, pemprosesan perkataan, mencari maklumat dan sebagainya. Sebagai contoh, kita boleh menfaatkan komputer sebagai alat komunikasi untuk berhubung dengan rakan atau guru melalui medium komunikasi e-mail. Komputer juga boleh berperanan sebagai pengajar atau tutor. Peranan mengajar, memberi latihan, dan menilai tahap pemahaman pelajar boleh dilakukan komputer sekiranya telah diprogramkan sedemikian. Komputer turut bertindak sebagai pelajar dan apabila diberikan imput melalui komunikasi menggunakan kod-kod khusus atau dipanggil kod pengaturcaraan. Ramai yang tidak menyedari peranan komputer tersebut walaupun telah menggunakannya dan di antaranya termasuklah saya. Mempelajari peranan komputer ini telah menambahkan lagi kefahaman saya tentang fungsi dan pernan yang dimainkan komputer. Seterusnya, tibalah masanya ke perbentangan vidio. Ketiga-tiga kumpulan telah menghasilkan vidio berdurasi kurang lima minit mengenai topik-topik yang pernah dipelajari. Kumpulan pertama menghasilkan vidio mengenai keselamatan komputer dan internet, kumpulan kedua iaitu kumpulan saya memilih topik m-learning, manakala kumpulan yang terakhir memilih tajuk teknologi komputer dan maklumat (ICT). Kesemua pembentang telah berjaya menghasilkan vidio yang menepati kriteria yang ditetapkan iaitu mempunyai mesej yang jelas dan disertakan dengan penerangan audio. Saya dan ahli kumpulan berasa amat bersyukur krana berjaya menghasilkan vidio tersebut walaupun menghadapi dugaan pada saat-saat akhir yang mana vidio lakonan kami yang dirakamkan pada minggu lepas menghadapi masalah. Sebahagiannya tidak dirakamkan dan sebahagiannya hilang selepas penyuntingan dibuat. Alhamdulillah, dengan plan B, siap juga vidio tersebut akhirnya. Sebelum kelas berakhir, pensyarah telah meminta setiap daripada kami untuk membuat refleksi keseluruhan terhadap struktur, perlaksanaan, dan pengisian kursus ini. Bagi saya, kelas ini sangat menarik bukan sahaja kerana dapat mempelajari perkara-perkara berkaitan komputer, tetapi ilmu yang dipelajari daripada kursus ini pasti akan dapat membantu kami sebagai mahasiswa di UKM yang insyaALLAH akan bergraduat dalam masa empat tahun lagi. Malahan, sepanjang hayat. Sebelum bersurai, sesi fotografi telah diadakan sebagai kenang-kenangan. Terima kasih Dr. Fariza dan rakan-rakan, Kelas Komputer Dalam Pendidikan tetap beradda dalam ingatan.
0 Comments
Refleksi Minggu 13 Pada minggu kedua terakhir atau minggu ke 13 kelas Komputerr Dalam Pendidikan, agenda kelas adalah untuk menunjukkan kepada pensyarah hasil papan cerita untuk projek vidio yang telah dihasilkan. Walaubagaimanapun, atas faktor yang tidak dapat dielakkan, pensyarah tidak dapat berrsama-sama kami pada pagi tersebut. Meskipun demikian, hal tersebut tidak menghalang daripada kelas terus dijalankan. Kami tetap berhubung melalui medium komunikasi secara dalam talian.
Kami telah diminta supaya memanfaatkan masa tersebut untuk meneruskan kerja penghasilan vidio yang akan dipertontonkan pada minggu hadapan. Oleh itu, saya dan ahli kumpulan yang lain telah memanfaatkan masa tersebut untuk melakukan rakaman vidio. Kami telah menggunakan lokasi di sekitar Fakulti Pendidikan iaitu di Makmal Komputer, Hub Inovasi Pelajar, perhentian bas, dan Gazebo. Proses tersebut memakan masa hampir dua jam. Barulah saya tahu yang kerja penghasilan vidio bukanlahsatu perkara yang mudah. Ia bukan sahaja memakan masa, malah terdapat banyak aspek yang perlu dititikberatkan. Misalnya, jalan cerita, pemilihan lokasi, pencahayaan, kualiti audio dan lain-lain. Setelah proses rakaman selesai, rakaman tersebut akan disunting kemudian. Pada kelas minggu ini juga, pensyarah turut telah memberikan kami tugasan baru iaitu peranan komputer sebagai alat (tool), pengajar (tutor), dan pelajar (tutee). Tugasan tersebut perlu dimuat naik di e-potfolio masing-masing selain akan dibincangkan bersama-sama pada kelas yang akan datang. Refleksi Minggu 12 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Minggu ke-12 kelas Komputer Dalam Pendidikan mempelajari tentang penggunaan Microsoft Excel. Ramai dalam kalangan kami termasuklah saya berasa teruja untuk mempelajarinya kerana tidak pernah menggunakannya sebelum ini. Namun sebelum itu, sesi penambahbaikan terhadap hasil tugasan brochure minggu lalu telah diadakan terlebih dahulu. Setiap pelajar diberi peluang untuk memberikan pandangan dan komen yang membina terhadap brochure pelajar lain yang telah dimuat naik di laman Open Learning. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat membuat tugasan tersebut dan digantikan dengan tugasan lain yang lebih sesuai iaitu menulis entri tentang penggunaan ICT dalam membantu pelajar berrmasalah penglihatan dalam mencapai objektif pembelajaran. Hal ini kerana, Microsoft Publisher tidak dapat digunakan dengan akses pembaca skrin di samping keterbatasan saya melakukan tugasan yang melibatkan grafik.
Berbalik kepada agenda pada minggu ini, Microsoft Excel juga seperti Microsoft Publisherr yang dipelajari pada minggu lalu di mana merupakan sebahagian daripada penawaran Microsoft Office. Perisian ini digunakan apabila melibatkan formula-formula tertentu seperti pengiraan markah dan sebagainya. Tidak seperti Microsoft Word, XL memudahkan pengguna kerana boleh membantu membuat pengiraan tertentu berdasarkan formula yang telah dimasukkan. Setelah diberikan penerangan tentang perisian ini, kami diberi tugasan secara individu untuk mengandaikan diri sebagai guru kelas dan memasukkan markah murid kelas masing-masing seramai 30 orang untuk semua subjek. Selepas itu, menggunakan Microsoft XL, setiap markah mata pelajaran murid-murid tadi digredkan secara automatik setelah formula dimasukkan. Kedudukan di dalam kelas juga boleh diketahui dengan mudah. Hal ini semestinya membantu kami apabila memikul tanggungJawab sebagai guru kelak. Perisian ini sangat membantu mempercepatkan proses memasukkan data pelajar terutamanya data markah kerana tidak perlu mengulang perkara yang sama. Setelah selesai, kami diminta untuk membina graf bar berdasarkan data penggredan pelajar yang diperoleh. Sebelum kelas tamat, pensyarah juga telah memberikan tugasan seterusnya iaitu menyediakan vidio berdurasi tidak melebihi lima minit mengenai mana-mana topik yang pernah dipelajari sebelum ini. Tugasan berkumpulan seramai empat orang satu kumpulan ini perlu setidak-tidaknya menyediakan papan cerita sebelum kelas yang berikutnya. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |