Refleksi Minggu 6Pada minggu keenam, kelas Komputer Dalam Pendidikan atau GGGE1153 bermula dengan pensyarah menyemak tugasan refleksi pada minggu lepas. Seterusnya, kami diminta untuk membentuk kumpulan baharu yang terdiri daripada tiga ahli dan setiap kumpulan menerima topik tugasan. Kumpulan saya mendapat topik tugasan keempat. Semua pelajar kemudiannya diminta mengeluarkan telefoSeterusnya, n pintar masing-masing dan mengimbas kertas tugasan tersebut menggunakan aplikasi Aurasma yang telah diminta untuk dimuat turun oleh pensyarah. Seperti majis, sebaik sahaja kertas tersebut diimbas menggunakan aplikasi tersebut, satu vidio yang memaparkan tajuk tugasan kami pun dimainkan. Aplikasi yang menggunakan teknologi augmented reality ini benar-benar mengujakan perasaan saya dan rakan-rakan yang lain.
Kelas seterusnya mengimbas kembali cara menggunakan aplikasi Google Slide memandangkan kami perlu mennggunakannya pada minggu ini untuk menyediakan pembentangan tugasan masing-masing. Kami kemudiannya diberi masa kira-kira satu jam setengah untuk mengumpul maklumat dan membina slide pembentangan. Pada setengah jam yang terakhir, sesi pembentangan pun dimulakan. Kumpulan pertama membentangkan mengenai e-pembelajaran dan berdasarkan pemahaman saya, e-learning merupakan kaedah pembelajaran secara dalam talian. E-pembelajaran mempunyai banyak kelebihannya seperti bersifat fleksibel dan mudah kerana seseorang itu boleh belajar dengan mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja asalkan mempunyai akses internet. Kumpulan kedua pula menerangkan tentang m-pembelajaran. M-pembelajaran dan E-pembelajaran saling berkait antara satu sama lain dimana m-pembelajaran merupakan pembelajaran yang menggunakan peranti mudah alih untuk mengasas pembelajaran. Peranti mudah alih mempunyai banyak kebaikan untuk mengakses pembelajaran dalam talian kerana mudah dibawa ke mana-mana tetapi juga mempunyai beberapa kelemahan seperti paparan skrin yang lebih kecil dan jangka hayat bateri yang pendik. Kumpulan ketiga membentangkan mengenai pembelajaran abad ke-21. Sejajar dengan peredaran zaman yang telah berada pada aabad ke-21, kaedah pembelajaran juga perlu seiring dan releven dengan keperluan dan kehendak semasa. Pembelajaran abad ke-21 mengehendaki pelajar-pelajr yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran kerana kelas kini berpusatkan murid dan pengajar atau guru hanya bertindak sebagai fasilitator sahaja. Pembelajaran abad ke-21 menekankan kepada 4C iaitu kreatif (creative), kolaborasi (collaboration), komunikasi (communikation), dan pemikiran kritikal (critical thinking). Kumpulan saya iaitu kumpulan keempat pula menerima tugasan tentang keselamatan internet dan komputer. Keselamatan dalam menggunakan internet dan komputer merupakan aspek yang penting kerana penggunaan internet sentiasa berdepan dengan risiko seperti penggodaman, pengintipan, dan menjadi mangsa jenayah siber. Pengguna perlu menggunakan internet dan komputer secara beretika selain perlu mengambil langkah-langkah keselamatan misalnya dengan sentiasa mengemaskini perisian komputer di samping berhati-hati dalam membuka pautan teryang diterima. Setelah sesi pembentangan selesai, kami dikehendaki mengundi kumpulan pembentang terbaik pada Google Form yang dimuatkan di laman web Dr Fariza iaitu di farizakhalid.com. Tentunya kami berasa berdebar dan teruja untuk menantikan keputusan undian ini pada kelas yang berikutnya. Kumpulan mana yang menang? Tungggu!
0 Comments
Refleksi Minggu ke 5Kelas Komputer Dalam Pendidikan atau GGGE1153 pada minggu kelima dimulakan dengan membincangkan tentang tugasan minggu sebelumnya iaitu berkenaan LMS dan CMS. Selepas perbincangan selesai, wakil setiap kumpulan diminta untuk memilih tajuk tugasan yang perlu dibentangkan pada minggu berikutnya. Seterusnya, untuk memudahkan kami mendapatkan rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, kami diperkenalkan kepada laman Academia yang berfungsi untuk mencari dan berkongsi bahan-bahan ilmiah seperti artikel jurnal. Setiap pelajar juga dibimbing untuk mendaftar akaun di laman web ini dan cara-cara memanfaatkannya. Hari tersebut merupakan kali pertamanya saya mendaftar akaun di laman tersebut.
Seterusnya, kami dipaparkan dengan vidio tentang cara-cara yang lebih efektif dalam melakukan carian menggunakan enjin pencarian Google. Selepas itu, kami dibawa menelusuri ke laman pencarian Google Scholar iaitu satu lagi hub untuk mendapatkan bahan-bahan ilmiah untuk dirujuk bagi melakukan tugasan. Kemudian, para pelajar juga diajar cara menggunakan perkhidmatan sumber terbuka yang Google tawarkan seperti Google Docx dan Google Slide. Malangnya, sambungan internet yang agak bermasalah pada hari itu telah menyukarkan saya mencuba menyunting pada dokumen yang dimulakan oleh rakan kumpulan saya ketika itu. Mujurlah saya pernah menggunakannya sebelum ini. Sekurangg-kurangnya ianya tidaklah terlalu asing untuk saya membuat tugasan menggunakan perkhidmatan tersebut kelak. Sebelum kelas berakhir, pensyarah mengingatkan kami untuk menyediakan pembentangan pada minggu berikutnya menggunakan perisian sumber terbuka Google Slide. P/s: tugasan pembentangan kumpulan saya untuk minggu depan adalah mengenai perisian sumber terbuka. Refleksi Minggu ke 4Kelas Komputer Dalam Pendidikan minggu keempat agak berlainan sedikit kerana pensyarah tidak dapat bersama kami disebabkan kekangan yang tidak dapat elakkan. Walaubagaimanapun, kelas tetap dijalankan secara atas talian ataupun blanded learning. Pada minggu ini kami diberi tugasan secara berpasangan untuk memahami apa itu Learning Management System (LMS)dan Content Management System (CMS) berserta contoh-contoh perisian dan perbezaan bagi kedua-dua sistem tersebut. Berdasarkan pengumpulan maklumat yang dibuat, saya memahami bahawa LMS merupakan aplikasi berasaskan web yang mampu mengurus pembelajaran dan menjadikan proses pembelajaran lebih mudah, sistematik, dan lebih efektif. LMS merupakan sebuah aplikasi untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, learning program dan kadar latihan. Contoh yang paling hampir dengan para pelajar UKM bagi LMS ialah laman web Ifolio dimana interaksi pembelajaran antara pensyarah dengan pelajar-pelajar seperti mengadakan perbincangan dapat dilakukan menerusi laman web tersebut. Content Management System (CMS) pula sedikit berbeza dengan LMS di mana ianya ialah sebuah perisian komputer yang membantu pengguna-penggunanya dalam proses pengurusan kandungan. Sebuah CMS menguruskan pelbagai dokumen dan kandungan yang lain seperti imej dan bahan-bahan multimedia. Sebuah CMS laman web ialah sebuah sistem pengurusan kandungan dengan ciri-ciri tambahan untuk mempermudahkan langkah-langkah untuk menerbitkan kandungan web ke dalam laman web. Setelah menyiapkan tugasan tersebut, kami diminta untuk memuat naik hasil tugasan masing-masing ke Laman Web Open Learning dan seterusnya menulis refleksi pembelajaran di ee-portfolio. Semoga ilmu yang dipelajari pada minggu ini dapat saya aplikasikan seoptimum mungkin dalam kaedah pembelajaran saya di samping terus bersemangat dalam menimba ilmu perkomputeran dan teknologi maklumat.
|
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |