Refleksi Minggu ke 5Kelas Komputer Dalam Pendidikan atau GGGE1153 pada minggu kelima dimulakan dengan membincangkan tentang tugasan minggu sebelumnya iaitu berkenaan LMS dan CMS. Selepas perbincangan selesai, wakil setiap kumpulan diminta untuk memilih tajuk tugasan yang perlu dibentangkan pada minggu berikutnya. Seterusnya, untuk memudahkan kami mendapatkan rujukan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan, kami diperkenalkan kepada laman Academia yang berfungsi untuk mencari dan berkongsi bahan-bahan ilmiah seperti artikel jurnal. Setiap pelajar juga dibimbing untuk mendaftar akaun di laman web ini dan cara-cara memanfaatkannya. Hari tersebut merupakan kali pertamanya saya mendaftar akaun di laman tersebut.
Seterusnya, kami dipaparkan dengan vidio tentang cara-cara yang lebih efektif dalam melakukan carian menggunakan enjin pencarian Google. Selepas itu, kami dibawa menelusuri ke laman pencarian Google Scholar iaitu satu lagi hub untuk mendapatkan bahan-bahan ilmiah untuk dirujuk bagi melakukan tugasan. Kemudian, para pelajar juga diajar cara menggunakan perkhidmatan sumber terbuka yang Google tawarkan seperti Google Docx dan Google Slide. Malangnya, sambungan internet yang agak bermasalah pada hari itu telah menyukarkan saya mencuba menyunting pada dokumen yang dimulakan oleh rakan kumpulan saya ketika itu. Mujurlah saya pernah menggunakannya sebelum ini. Sekurangg-kurangnya ianya tidaklah terlalu asing untuk saya membuat tugasan menggunakan perkhidmatan tersebut kelak. Sebelum kelas berakhir, pensyarah mengingatkan kami untuk menyediakan pembentangan pada minggu berikutnya menggunakan perisian sumber terbuka Google Slide. P/s: tugasan pembentangan kumpulan saya untuk minggu depan adalah mengenai perisian sumber terbuka.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |