Refleksi Minggu 6Pada minggu keenam, kelas Komputer Dalam Pendidikan atau GGGE1153 bermula dengan pensyarah menyemak tugasan refleksi pada minggu lepas. Seterusnya, kami diminta untuk membentuk kumpulan baharu yang terdiri daripada tiga ahli dan setiap kumpulan menerima topik tugasan. Kumpulan saya mendapat topik tugasan keempat. Semua pelajar kemudiannya diminta mengeluarkan telefoSeterusnya, n pintar masing-masing dan mengimbas kertas tugasan tersebut menggunakan aplikasi Aurasma yang telah diminta untuk dimuat turun oleh pensyarah. Seperti majis, sebaik sahaja kertas tersebut diimbas menggunakan aplikasi tersebut, satu vidio yang memaparkan tajuk tugasan kami pun dimainkan. Aplikasi yang menggunakan teknologi augmented reality ini benar-benar mengujakan perasaan saya dan rakan-rakan yang lain.
Kelas seterusnya mengimbas kembali cara menggunakan aplikasi Google Slide memandangkan kami perlu mennggunakannya pada minggu ini untuk menyediakan pembentangan tugasan masing-masing. Kami kemudiannya diberi masa kira-kira satu jam setengah untuk mengumpul maklumat dan membina slide pembentangan. Pada setengah jam yang terakhir, sesi pembentangan pun dimulakan. Kumpulan pertama membentangkan mengenai e-pembelajaran dan berdasarkan pemahaman saya, e-learning merupakan kaedah pembelajaran secara dalam talian. E-pembelajaran mempunyai banyak kelebihannya seperti bersifat fleksibel dan mudah kerana seseorang itu boleh belajar dengan mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja asalkan mempunyai akses internet. Kumpulan kedua pula menerangkan tentang m-pembelajaran. M-pembelajaran dan E-pembelajaran saling berkait antara satu sama lain dimana m-pembelajaran merupakan pembelajaran yang menggunakan peranti mudah alih untuk mengasas pembelajaran. Peranti mudah alih mempunyai banyak kebaikan untuk mengakses pembelajaran dalam talian kerana mudah dibawa ke mana-mana tetapi juga mempunyai beberapa kelemahan seperti paparan skrin yang lebih kecil dan jangka hayat bateri yang pendik. Kumpulan ketiga membentangkan mengenai pembelajaran abad ke-21. Sejajar dengan peredaran zaman yang telah berada pada aabad ke-21, kaedah pembelajaran juga perlu seiring dan releven dengan keperluan dan kehendak semasa. Pembelajaran abad ke-21 mengehendaki pelajar-pelajr yang aktif melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran kerana kelas kini berpusatkan murid dan pengajar atau guru hanya bertindak sebagai fasilitator sahaja. Pembelajaran abad ke-21 menekankan kepada 4C iaitu kreatif (creative), kolaborasi (collaboration), komunikasi (communikation), dan pemikiran kritikal (critical thinking). Kumpulan saya iaitu kumpulan keempat pula menerima tugasan tentang keselamatan internet dan komputer. Keselamatan dalam menggunakan internet dan komputer merupakan aspek yang penting kerana penggunaan internet sentiasa berdepan dengan risiko seperti penggodaman, pengintipan, dan menjadi mangsa jenayah siber. Pengguna perlu menggunakan internet dan komputer secara beretika selain perlu mengambil langkah-langkah keselamatan misalnya dengan sentiasa mengemaskini perisian komputer di samping berhati-hati dalam membuka pautan teryang diterima. Setelah sesi pembentangan selesai, kami dikehendaki mengundi kumpulan pembentang terbaik pada Google Form yang dimuatkan di laman web Dr Fariza iaitu di farizakhalid.com. Tentunya kami berasa berdebar dan teruja untuk menantikan keputusan undian ini pada kelas yang berikutnya. Kumpulan mana yang menang? Tungggu!
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |