Refleksi Minggu 11Minggu ke 11 kuliah Kelas Komputer Dalam Pendidikan mempelajari tentang penggunaan Microsoft Publisher. Sebelum bercerita lebih lanjut, nak beritahu, kelas pada minggu kesepuluh tidak dapat diadakan atas sebab yang tidak dapat dielakkan dan akan diganti pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian... Baiklah, apa itu Microsoft Publisher? Microsoft Publisher sebenarnya bukanlah perisian baru kerana sememangnya sedia terpasang dalam komputer peribadiku yang menjalankan Windows. Senang cerita, kalau ada Microsoft Office Word, mesti ada sekali Publisher. Cuma tak pernah guna sahaja.
Microsoft Publisher sebenarnya merupakan salah satu penawaran di bawah Microsoft Office yang memudahkan anda membuat poster, brochure, business card dan banyak lagi. Berbeza dengan Office Word, Publisher membolehkan anda memilih layout khusus mengikut keperluan anda. Anda juga tidak perlu lagi bersusah payah membina kolum untuk tujuan melipat kertas yang sudah dicetak kelak. Sebagai tugasan, setiap pelajar dikehendaki menghasilkan satu brochure tentang destinasi percutian masing-masing sekreatif yang mungkin. Sebelum kelas tamat, pensyarah telah memeriksa perkembangan penulisan laporan setiap kumpulan. Kelas tamat kira-kira jam 12tengah hari seperti dalam jadual. P/S: terima kasih Dr Fariza atas ole-ole tanda ingatan dari Australia untuk kami!
0 Comments
Refleksi Minggu 9 Pada minggu ke sembilan, Kelas Komputer Dalam Pendidikan, meneruskan perbincangan tentang kajian yang dijalankan. Setelah berjaya mengumpulkan makluum balas responden melalui soalan soal selidik dalam Google Form yang diedarkan melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook, kami dikehendaki menyediakan laporan kajian. Oleh itu, pada minggu ini pensyarah telah menunjukkan kepada kami elemen-elemen yang perlu ada dalam laporan tersebut. Antara elemen tersebut ialahpendahuluan, sorotan literatur, objektif kajian, metodologi, dapatan kajiaan, perbincangan, dan rumusan.
Kami juga dipandu untuk menganalisis data yang diperoleh. Pensyarah seterusnya mendemonstrasikan cara menggunakan Microsoft Word untuk menyediakan laporan dengan lebih efisien. Misalnya, kita tidak perlu lagi menekan enter berkali-kali untuk ke halaman berikutnya sekiranya memilih ‘insert new page’. Masa juga dapat dijimatkan untuk menyunting atau pergi ke satu-satu subtajuk sekiranya kita menggunakan fungsi ‘navigation pain’ atau ‘document map’. Untuk menyediakan senarai kandungan juga menjadi lebih mudah dan menggunakan ‘table of content’ yang mana ianya akan menyediakan jadual senarai kandungan secara automatik beserta dengan nombor muka surat setiap tajuk yang telah dimasukkan dalam navigation paint tadi. Ilmu baru ini tentunya akan membantu saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan laporan kajian nanti kerana teknik-teknik yang telah dipelajari ini semestinya lebih efisien dan menjimatkan masa serta tenaga. LOL. Refleksi minggu ke 8Kelas Komputer Dalam Pendidikan atau GGGE1153 pada minggu kelapan meneruskan agenda pada minggu lepas. Setiap kumpulan termasuklah kumpulan saya telah mengemukakan borang soal selidik yang telah dibina menerusi google form kepada pensyarah untuk tujuan semakan dan pembetulan. Mujurlah saya dan pasangan tidak menyebarkan soal selidik tersebut lagi kerana masih terdapat beberapa kelemahan dari segi item-item soalan yang dibina. Pensyarah telah membantu kami untuk memperbetulkan kesalahan tersebut untuk menggantikannya dengan soalan-soalan yang lebih jelas dan lebih bersesuaian dengan objektif kajian yang telah ditetapkan. Kini, barulah saya tahu bagaimana hendak membina item soalan yang lebih sesuai untuk mengukur sesuatu objektif kajian. Sesungguhnya, kemahiran ini amat penting untuk dipelajari dan dikuasai kerana merupakan asas untuk membuat kajian pada masa akan datang. Selepas ini bolehlah kami mengedarkannya kepada rakan-rakan mahasiswa di universiti-universiti tempatan menerusi media sosial dan melihat hasilnya kelak. P/S: terima kasih kepada Dr. Fariza yang telah membawa ole-ole (butterfly yang sangat cantik) dari Bandung untuk saya.
Refleksi Minggu ke 7Tepat jam sembilan pagi, hari khamis, bersamaan dengan 20 Oktober 2016, bermulalah kelas Komputer Dalam Pendidikan atau GGGE1153 untuk minggu yang ketujuh. Seperti biasa, kelas dimulakan dengan sesi perbincangan untuk mengimbas kembali pelajaran pada minggu lalu. Seterusnya, kami dikehendaki mendaftar masuk ke laman Open Learning dan ke MOOC kursus ini untuk melihat aktiviti pada minggu ini. Di sana, tersedia vidio beserta text yang menerangkan tentang CASPER iaitu ciri-ciri yang perlu ada dalam menyediakan slide pembentangan yang baik.CASPER sebenarnya adalah satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penggunaan media seperti teks, grafik, animasi dan video. CASPER penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat audience terhadap persembahan yang disampaikan. CASPER merupakan akronim yang terbentuk daripada gabungan ciri-ciri prinsip CASPER sendiri iaitu iaitu contrast, alignment, simplicity, proximity, emphasis dan repetition. Penerapan ciri Contrast atau (Perbezaan yang Ketara) dalam penyediaan persembahan ialah dengan penggunaan warna yang kontra (warna gelap dengan warna terang), perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan dengan berdekatan dan grafik kecil dengan besar dan. Persembahan yang mempunyai ciri contrast dapat memudahkan audience untuk membezakan antara unsur dengan latar belakang paparan, Membezakan dua item yang berlainan, dan meningkatkan tumpuan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk. Alignment atau (Susunan Lurus) ialah menyusun item supaya ia kelihatan seimbang serta mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain. Simplicity atau (Mudah) pula merupakan sessuatu yang ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami. Ciri yang keempat iaitu proximity atau (Berhampiran) mengumpulkan maklumat pada satu tempat bagi memudahkan audience memahami kesinambungan yang wujud. Emphasis atau (Penekanan) pula Menggunakan pembangun perisian yang disediakan memberi penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting dan tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan seperti kesan bunyi yang keterlaluan dan tidak membantu dalam penyampaian maklumat kepada audience. Ciri atau prinsip CASPER yang terakhir ialah repetition (Pengulangan). Persembahan yang mengaplikasikan pengulangan akan membantu mentafsir dan memahami dengan mudah arahandan maklumat yang disampaikan.
Kemudian, kami diberikan tugasan mengikut kumpulan iaitu setiap kumpulan terdiri daripada dua orang. Untuk tugasan pada kali ini, setiap kumpulan perlu membuat pengumpulan data dari responden menggunakan Google Form. Data tersebut kemudiannya perlu dianalisis untuk menghasilkan dapatan kajian. Oleh itu, kami ditunjukkan cara-cara untuk membina borang soal selidik menggunakan aplikasi Google Form. Untuk membina item soalan, setiap kumpulan perlu mempunyai beberapa objektif kajian yang hendak dicapai. Tugasan pada kali ini boleh dikatakan agak sukar kerana melibatkan banyak proses terutamanya proses mendapatkan maklumbalas responden. Mujurlah saya pernah melaksanakan tugasan sedemikian semasa di tingkatan enam sebelum ini. Sekurang-kurangnya, ilmu dan pengalaman yang ditimba bolehlah diaplikasikan dalam melaksanakan tugasan pada kali ini. Pada satu jam yang terakhir, kami diberi masa untuk membincangkan objektif kajian masing-masing dan membina item soalan. Tugasan yang saya dan pasangan terima ialah mengenai Sumber Terbuka atau Open Source. Alhamdulillah, kami berjaya menetapkan objektif kajian dan item-item soalan dalam borang soal selidik yang akan dihasilkan kelak. Saya berasa teruja untuk mengedarkan link borang soal selidik elektronik kepada rakan-rakan di universiti-universiti lain semasa cuti pertengahan semesta nanti dan melihat hasil maklumbalas mereka. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |