Refleksi Minggu 10
Pada minggu ke-10 tutorial, bertarikh 4 Disember 2017, kelas tutorial telah diadakan seperti
biasa. Tetapi, kelas minggu ini adalah kelas yang sangat dinanti-nantikan kerana pelajar akan
membentangkan projek video bahan bantu mengajar elektronik secara berkumpulan yang
telah diberikan sebelum ini. Terdapat 7 kumpulan pembentang kesemuanya dan setiap ahli
terdiri daripada 3 atau 4 orang ahli. Dalam setiap video yang ditayangkan, terdapat satu
inovasi yang menarik berkenaan pendidikan. Antara inovasi yang diketengahan oleh
kumpulan-kumpulan pembentang termasuklah pengajaran kata kerja menggunakan ‘Verb
Whils’ pengajaran pengambilan makanan seimbang berdasarkan piramid makanan, aplikasi
pembaca skrin ‘Talk back’ dan lain-lain. Paparan video-video inovasi ini bersifat sangat
infomatif kerana ada yang tidak pelajar ketahui sebelum ini. Ilmu yang dipelajari pada hari
ini bolehlah diaplikasikan semasa mengendalikan proses PDPC nanti.
Sesi pembentangan berlangsung dengan agak baik namun ketidakstabilan sambungan
internet di makmal komputer pada masa itu sedikit-sebanyak telah mengganggu kelancaran
proses tayangan video. Mujurlah kumpulan kami telah menyimpan video kumpulan kami di
dalam cakera keras. Jadi, kami tidak perlu memaparkannya dengan sambungan internet.
Setiap kumpulan yang telah membentang akan diberikan komen oleh pensyarah. Komen yang
diberikan pada saya adalah komen yang bersifat membina. Hal ini kerana, pensyarah tidak
hanya melihat kepada kekuranggan dan kelemahan pada video semata-mata, tetapi turut
memberikan pujian terhadap hasil kerja pelajar. Komen mengenai aspek yang perlu ditambah
baik juga pada hemat saya sangat penting supaya pelajar dapat memperbetulkan kekurangan
yang ada di samping cuba untuk tidak mengulangi kesilapan tersebut pada masa hadapan.
Sebelum kelas berakhir, pelajar diingatkan supaya mengemaskini semua tugasan yang
diberikan ke dalam e-portfolio masing-masing kerana penilaian menyeluruh akan dilakukan
selepas minggu kuliah ke-14. Pensyarah juga ada menerangkan kepada pelajar tentang
bentuk soalan peperiksaan kursus ini dan meminta pelajar supaya membuat persediaan yang
sewajarnya. Kelas pada minggu ini juga merupakan kelas yang terakhir. Selepas ini pastinya
pelajar akan merindui kelas ini kerana banyak perkara telah dipelajari daripada kelas ini.
Semoga semua ilmu yang telah dipelajari dapat terus diingati dan diaplikasikan dalam
kehidupan kini dan akan datang. Sehubungan itu, saya ingin merakamkan ucapan terima
kasih kepada pensyarah kami iaitu Dr. Nor Hafizah Adnan atas segala ilmu yang telah
dikongsikan beliau.