Refleksi Minggu 3
Pada minggu ketiga, kelas telah diadakan seperti biasa pada isnin jam 2 petang, bertempat di makmal 2 Fakulti Pendidikan. Sebelum kelas dimulakan, pensyarah mengingatkan para pelajar supaya menghantar pautan e-portfolio masing-masing kepada beliau kerana pensyarah masih belum menerima sebarang pautan daripada pelajar pada ketika itu. Peringatan tersebut mendorong para pelajar yang sebahagiannya telah menghantar pautan tersebut menerusi ifolio menghantarnya semula menerusi email.
Agenda kelas pada minggu ini adalah membina CV yang menarik menggunakan tamplet dari laman web. Bagi tujuan ini, pensyarah meminta kami menggunakan perkhidmatan Piktochart. Pelajar terlebih dahulu ditunjukkan cara-cara mendaftar akaun dan melawat masuk ke perkhidmatan tersebut. Bimbingan dan tunjuk ajar daripada pensyarah telah membantu pelajar melakukannya dengan lebih lancar. Bagi saya, urusan melawat masuk menjadi lebih mudah oleh kerana saya telahpun mencipta akaun Piktochart sebelum ini. Berikutnya, pelajar diminta untuk memilih format tamplet yang boleh di cetak ‘printable’. Format tersebut dipilih supaya CV yang dihasilkan boleh dicetak sesudah disiapkan. Memandangkan rata-ratanya tidak melanggan perkhidmatan berbayar, maka kami hanya dibenarkan memilih tamplet yang tersedia secara percuma sahaja. Namun begitu, dengan adanya kod baucer promosi, kami dapat mengakses perkhidmatan ‘pro’ secara Percuma selama sebulan. Dengan itu, kami dapat mengakses dan menggunakan tamplet CV yang pelbagai.
Sesudah selesai, pelajar diminta untuk memautkan pautan CV yang telah disiapkan tadi ke e-portfolio masing-masing. Tujuan menghasilkan CV menggunakan tamplet dari Piktochart ini adalah untuk menjadikan CV pelajar lebih menarik. CV yang menarik akan meningkatkan ‘impression’ oleh bakal majikan dan sekaligus meningkatkan peluang untuk memperoleh pekerjaan kelak. Sebelum kelas tamat, pensyarah mengingatkan semua pelajar untuk mengemaskini e-portfolio supaya kesemua tugasan dapat dinilai dan dibuat pemarkahan semasa cuti pertengahan semester nanti.