REFLEKSI MINGGU 3Pada tanggal 22 September 2016 bersamaan hari khamis jam 9 pagi, pertama kalinya saya menghadiri kuliah bagi subjek Komputer Dalam Pendidikan. Walaupun sudah memasuki minggu ketiga kuliah, tetapi faktor seperti cuti perayaan telah menyebabkan kelas tidak dapat dijalankan pada minggu sebelumnya. Kelas kuliah pada minggu ini bertempat di Makmal Komputer 3 Fakulti Pendidikan. Pensyarah yang bertanggungjawab mengajar subjek ini ialah seorang pensyarah yang sangat tidak asing lagi dalam bidang teknologi komputer dan maklumat di UKM iaitu Dr. Fariza Khalid. Kelas kuliah dimulakan dengan sesi perkenalan dan semua pelajar diminta memperkenalkan diri masing-masing dalam cara yang lebih moden iaitu dengan mengisi pablet pada pablet yang disediakan oleh pensyarah dan bukannya cara tradisional. Cara ini agak menarik bagi saya kerana bersifat lebih interaktif dan lebih menarik lagi apabila setiap pelajar dikehendaki memuat naik gambar masing-masing bersama maklumat diri. Seterusnya, kami juga diterangkan dengan proforma kursus ini dimana 60 % markah diperuntukkan bagi tugasan yang akan diberikan manakal selebihnya melalui peperiksaan. Bagi saya, pecahan wajaran permakahan untuk subjek ini membantu pelajar mencapai gred yang cemerlang kerana penilaian dibuat secara lebih menyeluruh dan berterusan. Setiap pelajar juga dikehendaki membuka laman blog untuk memuatkan e-portfolio masing-masing bagi tujuan penilaian. Oleh itu, kami telah didedahkan dengan langkah-langkah mencipta laman blog sendiri menggunakan perkhidmatan Weebly. Sesungguhnya, inilah kali pertama saya mempelajari cara memulakan sebuah blog sendiri. Saya akui bahawa sebagai pelajar bermasalah penglihatan yang mengakses komputer menggunakan perisian pembaca skrin (screen reader), saya berasa agak sukar untuk mengikuti proses-proses tersebut dan memerlukan bantuan daripada rakan-rakan kerana masih belum terbiasa dengan paparan dan cara mengendalikan laman blog tersebut. Walau bagaimanapun, perasaan tersebut tidak mematahkan semangat saya malahan saya berasa teruja untuk menerokai paparan dan fungsi-fungsi laman blog ini di telefon pintar saya. Terdapat empat elemen asas yang wajib ada pada blog pelajar iaitu laman utama (home), profil diri (about me), refleksi, dan tugasan (assignments). Pelajar juga dimaklumkan untuk membuat refleksi pembelajaran kuliah bagi setiap minggu di samping lapan tugasan yang akan diberikan dari semasa ke semasa. Sebelum kuliah ditamatkan, pelajar-pelajar ditunjukkan cara bagaimana untuk lawat keluar dan dimaklumkan tentang lokasi kuliah pada minggu berikutnya. Walaupun kelas ini berlangsung selama tiga jam, tetapi pembelajarannya menyebabkan masa berasa sangat singkat. Saya berasa teruja untuk menantikan kuliah pada minggu yang berikut.
0 Comments
|
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |