Refleksi Minggu 2
Kelas tutorial minggu kedua telah berlangsung pada 2 October 2017, yakni bertempat di makmal 2 Fakulti Pendidikan. Agenda kelas pada minggu inni adalah membina laman web peribadi untuk memuatkan e-portfolio pelajar. Bagi tujuan tersebut, pensyarah telah memperkenalkan kepada kami perkhidmatan Wix.com. Pelajar berasa amat teruja untuk mencipta laman web sendiri menggunakan perkhidmatan ini buat pertama kalinya. Ia juga penting untuk menunjukkan tahap profesional seseorang. Namun sebelumbermula, , bagi pelajar yang masih belum mempunyai akaun Gmail dinasihatkan supaya mendaftar mula akaun tersebut memandangkan perkhidmatan Wix.com lebih mudah digunakan bersama akaun tersebut. Pelajar kemudiannya dibimbing dengan langkah-langkah untuk mendaftar akaun Wix dari mula sehingga selesai. Bimbingan yang diberikan oleh pensyarah memudahkan proses penciptaan akaun dan penetapan laman web. Namun begitu, sambungan internet yang agak lemah pada hari tersebut sedikit-sebanyak telah mengganggu kelancaran proses tersebut. Apa yang lebih mendukacitakan adalah, laman web Wix.com juga kurang mesra OKU penglihatan apabila tidak semua menu samaada pada laman web mahupun aplikasi telefon pintar dapat diakses menggunakan perisian pembaca skrin. Hal yang demikian telah menyukarkan saya untuk menggunakan perkhidmatan ini seperti pelajar lain. Oleh hal yang demikian, pensyarah telah memberikan kelonggaran untuk saya meneruskan e-portfolio terdahulu yang menggunakan perkhidmatan Weebly.com.
Sesudah selesai mencipta laman web, pensyarah memberrikan tugasan mingguan iaitu menulis refleksi mingguan kelas tutorial serta perlu memuat naik ‘Curriculum Vitae’ (CV) pada laman web masing-masing. Tugasan refleksi pada hemmat saya amat membantu dalam mengingat semula dan memahami apa yang telah saya pelajari di dalam kelas. Penyediaan CV pula penting supaya pelajar dapat menilai pencapaian seemasa diri supaya boleh diperbaiki dari masa ke masa. Penyediaan CV juga menjadikan pelajar lebih bersedia untuk tujuan memohon pekerjaan kelak. Akhir sekali, para pelajar diminta untuk menghantarkan pautan laman web masing-masing kepada pensyarah menerusi email untuk tujuan semakan.