Refleksi Minggu 4
Kelas tutorial minnggu keempat telah diadakan seperti biasa pada masa dan tempat yang telah ditetapkan. Pada minggu ini, pensyarah telah mengajarkan tentang bahan bantu mengajar yang juga dikenali sebagai (BBM). BBM menurut pemahaman saya adalah bahan yang boleh digunakan oleh guru atau pendidik dalam proses pengajaran bagi membantu guru tersebut menyampaikan kandungan pengajaran dengan lebih berkesan. Pemilihan BBM yang bersesuaian akan membolehkan pelajar memahami dan menguasai sesuatu pembelajaran secara lebih mendalam. Terdapat tiga kategori bahan bantu mengajar iaitu BBM bukan elektronik, BBM elektronik, dan BBM bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar. Namun, untuk minggu ini, pensyarah hanya meminta pelajar supaya menyediakan satu bentuk bahan bantu mengajar bukan elektronik iaitu sebuah poster. Poster tersebut hendaklah berkaitan dengan bidang pengajian para pelajar iaitu berkisar tentang Pendidikan Khas. Namun, memandangkan saya mengalami keterbatasan untuk menggunakan deria penglihatan bagi menghasilkan poster tersebut, pensyarah telah memberikan alternatif lain kepada saya untuk menghasilkan satu bahan yang sesuai dengan keupayaan saya.
Sebelum pelajar memulakan tugasan, pensyarah terlebih dahulu menerangkan tentang BBM khususnya bagi BBM bukan elektronik. Para pelajar juga dicadangkan dengan beberapa ‘platform’ yang boleh digunakan oleh para pelajar dalam menyediakan poster yang dikehendaki. Penerangan tersebut telah membantu saya mengingat kembali pelajaran tentang BBM dalam kursus terdahulu. Cadangan ‘platform’ yang boleh digunakan juga memberikan gambaran idea kepada saya untuk mencipta bahan bantu mengajar bukan elektronik yang diminta. Sebagai persediaan bagi kelas yang berikutnya, pensyarah telah memaklumkan agenda kelas minggu hadapan iaitu mereka bentuk BBM elektronik secara berkumpulan. Hal yang demikian membolehkan para pelajar membuat persediaan awal di samping memilih ahli kumpulan.