Refleksi Minggu ke 4Kelas Komputer Dalam Pendidikan minggu keempat agak berlainan sedikit kerana pensyarah tidak dapat bersama kami disebabkan kekangan yang tidak dapat elakkan. Walaubagaimanapun, kelas tetap dijalankan secara atas talian ataupun blanded learning. Pada minggu ini kami diberi tugasan secara berpasangan untuk memahami apa itu Learning Management System (LMS)dan Content Management System (CMS) berserta contoh-contoh perisian dan perbezaan bagi kedua-dua sistem tersebut. Berdasarkan pengumpulan maklumat yang dibuat, saya memahami bahawa LMS merupakan aplikasi berasaskan web yang mampu mengurus pembelajaran dan menjadikan proses pembelajaran lebih mudah, sistematik, dan lebih efektif. LMS merupakan sebuah aplikasi untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, learning program dan kadar latihan. Contoh yang paling hampir dengan para pelajar UKM bagi LMS ialah laman web Ifolio dimana interaksi pembelajaran antara pensyarah dengan pelajar-pelajar seperti mengadakan perbincangan dapat dilakukan menerusi laman web tersebut. Content Management System (CMS) pula sedikit berbeza dengan LMS di mana ianya ialah sebuah perisian komputer yang membantu pengguna-penggunanya dalam proses pengurusan kandungan. Sebuah CMS menguruskan pelbagai dokumen dan kandungan yang lain seperti imej dan bahan-bahan multimedia. Sebuah CMS laman web ialah sebuah sistem pengurusan kandungan dengan ciri-ciri tambahan untuk mempermudahkan langkah-langkah untuk menerbitkan kandungan web ke dalam laman web. Setelah menyiapkan tugasan tersebut, kami diminta untuk memuat naik hasil tugasan masing-masing ke Laman Web Open Learning dan seterusnya menulis refleksi pembelajaran di ee-portfolio. Semoga ilmu yang dipelajari pada minggu ini dapat saya aplikasikan seoptimum mungkin dalam kaedah pembelajaran saya di samping terus bersemangat dalam menimba ilmu perkomputeran dan teknologi maklumat.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |