Refleksi minggu ke 8Kelas Komputer Dalam Pendidikan atau GGGE1153 pada minggu kelapan meneruskan agenda pada minggu lepas. Setiap kumpulan termasuklah kumpulan saya telah mengemukakan borang soal selidik yang telah dibina menerusi google form kepada pensyarah untuk tujuan semakan dan pembetulan. Mujurlah saya dan pasangan tidak menyebarkan soal selidik tersebut lagi kerana masih terdapat beberapa kelemahan dari segi item-item soalan yang dibina. Pensyarah telah membantu kami untuk memperbetulkan kesalahan tersebut untuk menggantikannya dengan soalan-soalan yang lebih jelas dan lebih bersesuaian dengan objektif kajian yang telah ditetapkan. Kini, barulah saya tahu bagaimana hendak membina item soalan yang lebih sesuai untuk mengukur sesuatu objektif kajian. Sesungguhnya, kemahiran ini amat penting untuk dipelajari dan dikuasai kerana merupakan asas untuk membuat kajian pada masa akan datang. Selepas ini bolehlah kami mengedarkannya kepada rakan-rakan mahasiswa di universiti-universiti tempatan menerusi media sosial dan melihat hasilnya kelak. P/S: terima kasih kepada Dr. Fariza yang telah membawa ole-ole (butterfly yang sangat cantik) dari Bandung untuk saya.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |