Refleksi Minggu ke 7Tepat jam sembilan pagi, hari khamis, bersamaan dengan 20 Oktober 2016, bermulalah kelas Komputer Dalam Pendidikan atau GGGE1153 untuk minggu yang ketujuh. Seperti biasa, kelas dimulakan dengan sesi perbincangan untuk mengimbas kembali pelajaran pada minggu lalu. Seterusnya, kami dikehendaki mendaftar masuk ke laman Open Learning dan ke MOOC kursus ini untuk melihat aktiviti pada minggu ini. Di sana, tersedia vidio beserta text yang menerangkan tentang CASPER iaitu ciri-ciri yang perlu ada dalam menyediakan slide pembentangan yang baik.CASPER sebenarnya adalah satu teknik dalam membina persembahan elektronik powerpoint yang meliputi penggunaan media seperti teks, grafik, animasi dan video. CASPER penting untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik, berkesan dan dapat merangsang perhatian dan minat audience terhadap persembahan yang disampaikan. CASPER merupakan akronim yang terbentuk daripada gabungan ciri-ciri prinsip CASPER sendiri iaitu iaitu contrast, alignment, simplicity, proximity, emphasis dan repetition. Penerapan ciri Contrast atau (Perbezaan yang Ketara) dalam penyediaan persembahan ialah dengan penggunaan warna yang kontra (warna gelap dengan warna terang), perbezaan font, objek besar dan kecil, garis halus dengan kasar, unsur mendatar dengan menegak, garis berjauhan dengan berdekatan dan grafik kecil dengan besar dan. Persembahan yang mempunyai ciri contrast dapat memudahkan audience untuk membezakan antara unsur dengan latar belakang paparan, Membezakan dua item yang berlainan, dan meningkatkan tumpuan atau perhatian terhadap sesuatu reka bentuk. Alignment atau (Susunan Lurus) ialah menyusun item supaya ia kelihatan seimbang serta mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain. Simplicity atau (Mudah) pula merupakan sessuatu yang ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami. Ciri yang keempat iaitu proximity atau (Berhampiran) mengumpulkan maklumat pada satu tempat bagi memudahkan audience memahami kesinambungan yang wujud. Emphasis atau (Penekanan) pula Menggunakan pembangun perisian yang disediakan memberi penekanan terhadap perkara yang dirasakan penting dan tidak menggunakan terlalu banyak elemen sampingan seperti kesan bunyi yang keterlaluan dan tidak membantu dalam penyampaian maklumat kepada audience. Ciri atau prinsip CASPER yang terakhir ialah repetition (Pengulangan). Persembahan yang mengaplikasikan pengulangan akan membantu mentafsir dan memahami dengan mudah arahandan maklumat yang disampaikan.
Kemudian, kami diberikan tugasan mengikut kumpulan iaitu setiap kumpulan terdiri daripada dua orang. Untuk tugasan pada kali ini, setiap kumpulan perlu membuat pengumpulan data dari responden menggunakan Google Form. Data tersebut kemudiannya perlu dianalisis untuk menghasilkan dapatan kajian. Oleh itu, kami ditunjukkan cara-cara untuk membina borang soal selidik menggunakan aplikasi Google Form. Untuk membina item soalan, setiap kumpulan perlu mempunyai beberapa objektif kajian yang hendak dicapai. Tugasan pada kali ini boleh dikatakan agak sukar kerana melibatkan banyak proses terutamanya proses mendapatkan maklumbalas responden. Mujurlah saya pernah melaksanakan tugasan sedemikian semasa di tingkatan enam sebelum ini. Sekurang-kurangnya, ilmu dan pengalaman yang ditimba bolehlah diaplikasikan dalam melaksanakan tugasan pada kali ini. Pada satu jam yang terakhir, kami diberi masa untuk membincangkan objektif kajian masing-masing dan membina item soalan. Tugasan yang saya dan pasangan terima ialah mengenai Sumber Terbuka atau Open Source. Alhamdulillah, kami berjaya menetapkan objektif kajian dan item-item soalan dalam borang soal selidik yang akan dihasilkan kelak. Saya berasa teruja untuk mengedarkan link borang soal selidik elektronik kepada rakan-rakan di universiti-universiti lain semasa cuti pertengahan semesta nanti dan melihat hasil maklumbalas mereka.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |