Refleksi Minggu 14 15 Disemberr 2016, hari khamis, merrupakan minggu terakhir untuk kelas GGGE1153 atau Komputer Dalam Pendidikan. Cepat benar rasanya masa berlalu. Banyak yang telah saya pelajari sepanjang mengikuti kursus ini. Daripada membangunkan e-potfollio di Weebly ini, ke konsep LMS dan CMS, perkhidmatan Google Drive seperti Google Docx dan Google Form, Microsoft Word, Excel, dan Publisher, hingalah ke pembikinan video. Sungguh banyak perkara berkaitan komputer yang telah dipelajari dan banyak lagi sebenarnya yang tidak dituliskan di sini kerana takut tak tertulis pula aktiviti pada minggu ini.
Agenda kelas pada minggu ini adalah pembentangan vidio. Namun sebelum itu, kami telah mengadakan perbincangan tentang topik tugasan minggu lalu iaitu komputer sebagai alat, pengajar dan pelajar ataupun dalam bahasa Inggeris (Computer as a tool, tutor, and tutee). Masing-masing menyuarakan pandangan berdasarkan pencarian maklumat yang dibuat pada minggu lalu. Komputer berperanan dalam pendidikan sebagai alat untuk tujuan komunikasi, pemprosesan perkataan, mencari maklumat dan sebagainya. Sebagai contoh, kita boleh menfaatkan komputer sebagai alat komunikasi untuk berhubung dengan rakan atau guru melalui medium komunikasi e-mail. Komputer juga boleh berperanan sebagai pengajar atau tutor. Peranan mengajar, memberi latihan, dan menilai tahap pemahaman pelajar boleh dilakukan komputer sekiranya telah diprogramkan sedemikian. Komputer turut bertindak sebagai pelajar dan apabila diberikan imput melalui komunikasi menggunakan kod-kod khusus atau dipanggil kod pengaturcaraan. Ramai yang tidak menyedari peranan komputer tersebut walaupun telah menggunakannya dan di antaranya termasuklah saya. Mempelajari peranan komputer ini telah menambahkan lagi kefahaman saya tentang fungsi dan pernan yang dimainkan komputer. Seterusnya, tibalah masanya ke perbentangan vidio. Ketiga-tiga kumpulan telah menghasilkan vidio berdurasi kurang lima minit mengenai topik-topik yang pernah dipelajari. Kumpulan pertama menghasilkan vidio mengenai keselamatan komputer dan internet, kumpulan kedua iaitu kumpulan saya memilih topik m-learning, manakala kumpulan yang terakhir memilih tajuk teknologi komputer dan maklumat (ICT). Kesemua pembentang telah berjaya menghasilkan vidio yang menepati kriteria yang ditetapkan iaitu mempunyai mesej yang jelas dan disertakan dengan penerangan audio. Saya dan ahli kumpulan berasa amat bersyukur krana berjaya menghasilkan vidio tersebut walaupun menghadapi dugaan pada saat-saat akhir yang mana vidio lakonan kami yang dirakamkan pada minggu lepas menghadapi masalah. Sebahagiannya tidak dirakamkan dan sebahagiannya hilang selepas penyuntingan dibuat. Alhamdulillah, dengan plan B, siap juga vidio tersebut akhirnya. Sebelum kelas berakhir, pensyarah telah meminta setiap daripada kami untuk membuat refleksi keseluruhan terhadap struktur, perlaksanaan, dan pengisian kursus ini. Bagi saya, kelas ini sangat menarik bukan sahaja kerana dapat mempelajari perkara-perkara berkaitan komputer, tetapi ilmu yang dipelajari daripada kursus ini pasti akan dapat membantu kami sebagai mahasiswa di UKM yang insyaALLAH akan bergraduat dalam masa empat tahun lagi. Malahan, sepanjang hayat. Sebelum bersurai, sesi fotografi telah diadakan sebagai kenang-kenangan. Terima kasih Dr. Fariza dan rakan-rakan, Kelas Komputer Dalam Pendidikan tetap beradda dalam ingatan.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |