Refleksi Minggu 12 Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Minggu ke-12 kelas Komputer Dalam Pendidikan mempelajari tentang penggunaan Microsoft Excel. Ramai dalam kalangan kami termasuklah saya berasa teruja untuk mempelajarinya kerana tidak pernah menggunakannya sebelum ini. Namun sebelum itu, sesi penambahbaikan terhadap hasil tugasan brochure minggu lalu telah diadakan terlebih dahulu. Setiap pelajar diberi peluang untuk memberikan pandangan dan komen yang membina terhadap brochure pelajar lain yang telah dimuat naik di laman Open Learning. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat membuat tugasan tersebut dan digantikan dengan tugasan lain yang lebih sesuai iaitu menulis entri tentang penggunaan ICT dalam membantu pelajar berrmasalah penglihatan dalam mencapai objektif pembelajaran. Hal ini kerana, Microsoft Publisher tidak dapat digunakan dengan akses pembaca skrin di samping keterbatasan saya melakukan tugasan yang melibatkan grafik.
Berbalik kepada agenda pada minggu ini, Microsoft Excel juga seperti Microsoft Publisherr yang dipelajari pada minggu lalu di mana merupakan sebahagian daripada penawaran Microsoft Office. Perisian ini digunakan apabila melibatkan formula-formula tertentu seperti pengiraan markah dan sebagainya. Tidak seperti Microsoft Word, XL memudahkan pengguna kerana boleh membantu membuat pengiraan tertentu berdasarkan formula yang telah dimasukkan. Setelah diberikan penerangan tentang perisian ini, kami diberi tugasan secara individu untuk mengandaikan diri sebagai guru kelas dan memasukkan markah murid kelas masing-masing seramai 30 orang untuk semua subjek. Selepas itu, menggunakan Microsoft XL, setiap markah mata pelajaran murid-murid tadi digredkan secara automatik setelah formula dimasukkan. Kedudukan di dalam kelas juga boleh diketahui dengan mudah. Hal ini semestinya membantu kami apabila memikul tanggungJawab sebagai guru kelak. Perisian ini sangat membantu mempercepatkan proses memasukkan data pelajar terutamanya data markah kerana tidak perlu mengulang perkara yang sama. Setelah selesai, kami diminta untuk membina graf bar berdasarkan data penggredan pelajar yang diperoleh. Sebelum kelas tamat, pensyarah juga telah memberikan tugasan seterusnya iaitu menyediakan vidio berdurasi tidak melebihi lima minit mengenai mana-mana topik yang pernah dipelajari sebelum ini. Tugasan berkumpulan seramai empat orang satu kumpulan ini perlu setidak-tidaknya menyediakan papan cerita sebelum kelas yang berikutnya.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |