Refleksi Minggu 9 Pada minggu ke sembilan, Kelas Komputer Dalam Pendidikan, meneruskan perbincangan tentang kajian yang dijalankan. Setelah berjaya mengumpulkan makluum balas responden melalui soalan soal selidik dalam Google Form yang diedarkan melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook, kami dikehendaki menyediakan laporan kajian. Oleh itu, pada minggu ini pensyarah telah menunjukkan kepada kami elemen-elemen yang perlu ada dalam laporan tersebut. Antara elemen tersebut ialahpendahuluan, sorotan literatur, objektif kajian, metodologi, dapatan kajiaan, perbincangan, dan rumusan.
Kami juga dipandu untuk menganalisis data yang diperoleh. Pensyarah seterusnya mendemonstrasikan cara menggunakan Microsoft Word untuk menyediakan laporan dengan lebih efisien. Misalnya, kita tidak perlu lagi menekan enter berkali-kali untuk ke halaman berikutnya sekiranya memilih ‘insert new page’. Masa juga dapat dijimatkan untuk menyunting atau pergi ke satu-satu subtajuk sekiranya kita menggunakan fungsi ‘navigation pain’ atau ‘document map’. Untuk menyediakan senarai kandungan juga menjadi lebih mudah dan menggunakan ‘table of content’ yang mana ianya akan menyediakan jadual senarai kandungan secara automatik beserta dengan nombor muka surat setiap tajuk yang telah dimasukkan dalam navigation paint tadi. Ilmu baru ini tentunya akan membantu saya dan rakan-rakan dalam menyiapkan laporan kajian nanti kerana teknik-teknik yang telah dipelajari ini semestinya lebih efisien dan menjimatkan masa serta tenaga. LOL.
0 Comments
Leave a Reply. |
AuthorWrite something about yourself. No need to be fancy, just an overview. Archives
December 2016
Categories |